Halaman

Tuesday, March 19, 2013

sah!! Pas kedah bergolak

Hahaha ada ada saja,orang no 2 pas dilarang ceramah.. Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi 'terkunci' di dalam perkarangan sebuah sekolah agama selama dua jam untuk menghalang beliau daripada berucap pada satu ceramah. Phahrolrazi berkata, beliau dalam perjalanan ke tempat ceramah di Kampung Kabu yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak apabila pengetua Sekolah Agama Nahdah Bukit Besar menghubunginya untuk berhenti di sekolah tersebut. "Sebaik saja kereta saya memasuki perkarangan sekolah, mereka mengunci pagar dan saya sedar bahawa saya tidak dapat keluar," katanya. Beliau kemudiannya menuju ke kantin sekolah di mana pengetua sekolah Ustaz Nasir Othman cuba menghalangnya daripada meneruskan ceramah. Ustaz Nasir merupakan ahli jawatan PAS bahagian Jerai di mana Azizan adalah pengerusinya. "Dia mendakwa terdapat kumpulan pesaing di tempat ceramah dan oleh itu dia tidak mahu sesiapa saja melakukan sesuatu kepada saya. Saya cuba untuk meninggalkannya beberapa kali tetapi dia memberitahu saya supaya jangan pergi dan dia berbuat demikian kerana ingin melindungi saya. Dia amat mesra tetapi persoalannya adalah saya dihalang keluar sehingga dua jam kemudian," katanya. Apabila Phahrolrazi menghubungi penganjur ceramah mengenai masalahnya dan mereka menghantar empat wakil ke sekolah tersebut untuk berbincang dengan Ustaz Nasir tetapi dia enggan membuka pintu pagar tersebut. Beberapa penyokong Phahrolrazi mendakwa beliau diculik tetapi beliau menegaskan ia mungkin 'amaran mesra' untuk menghalangnya daripada memasuki kawasan Menteri Besar itu. Penyokong Phahrolrazi berkata, mereka akan membuat laporan polis mengenai insiden itu. Ceramah itu akhirnya dibatalkan kerana Phahrolrazi tidak hadir. "MB merupakan pengerusi PAS bahagian Jerai tetapi saya adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah. Sesungguhnya saya bebas untuk berucap dalam mana- mana ceramah. Saya tidak menyalahkan Ustaz Nasir, saya percaya dia takut dengan bosnya," kata Phahrolrazi.

Wednesday, March 13, 2013

mengikut laporan Bernama, berikut adalah senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah: 1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69. 1 Mac 2013 - Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69. 2 Mac 2013 - ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman. 2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna. 2 Mac 2013 - Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau. 2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau. 2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. 2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. 12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.

Tuesday, March 12, 2013

semua takut pilihanraya (pru13)!

Korang perasan tak,dalam duk hentam kata kerajaan pusat takut nak bubar parlimen,terbaru tokoh dap sampai melabel pm sekarang dah takda mandat kerana dah genap lima tahun. Takyah heboh sana heboh sini kalau dah memang anak jantan knapa kedah,selangor,pinang dan kelantan tak bubar dun masaing masing?gua rasa spr takda hal nak urus pilihanraya di empat negeri sekaligus.janganlah buat asing asing,takkan sesama pakatan rakyat tak satu suara.kalau memang tak satu suara sahlah bahwa pakatan rakyat cuma cakap je besar tapi takda telo.macammana nak perintah negara.