Halaman

Saturday, January 26, 2013

Sah siapa pemilik kereta porsche cayman di perlis

Jadi dah tahu dah siapa pemilik kereta porsche kan?Korang takyah persoalkan yang kilang kereta ni diasaskan oleh keturunan yahudi,atau kenapa nak pakai kereta jenis ni.jangan buat fitnah

Thursday, January 24, 2013

Masanya telah tiba untuk meminta bulan dan bintang

Sebentar lagi pilihanraya pasti akan tiba,tak payah meramal bila pm akan umum bubar parlimen.sebelum terlambat marilah kita berkira kira benda apa yang hendak kita minta pada calon calon yb yang akan bertanding.jangan malu dan segan untuk minta itu minta ini.lagi umph jika kita join sama ngan jiran tetangga atau orang yang ada masalah yang sama...
Kalau depa con atau parti yang bertanding selalunya akan bermulut manis dengan janji janji manis.tapi ingat korang toksah memandai meminta calon yb menunaikan 8 tuntutan bersih.itu takda pekdahnya.

Monday, January 21, 2013

Projek ic: mahatir pembela islam dan melayu?

Fakta demi fakta mulai terungkap dalam pendengaran rci suruhanjaya mengenai pendatang asing di sabah
Mungkin bagi kebanyakan orang  pemberian ic atau warganegara hanya sekedar membolehkan bn menang .
Orang mungkin tak melihat dari usaha mengekalkan bumiputra islam sabah tetap berkuasa di sabah.cuba korang lihat latar belakang pendatang asing yang mendapat kewarganegaraan tersebut.

Apapun terserah pada sejarah nantinya mahu melabelkan mahatir sebagai penghianat atau pembela islam dalam kes projek ic ini.

Wednesday, January 02, 2013

Amanat haji hadi


sekarang tengah heboh pasal amanat haji hadi padahal sudah melangkaui puluhan tahun amanat ini ada.seperti takda habis habisnya,sat timbul sat tenggelam satgi timbul balik.
Riuh rendah pasal amanat haji ini mendapat ulasan dari para cerdik pandai.
Ada beberapa kemuskilan pada pandangan orang ramai yang tak bijak lagi arif bab agama
1.sudah puluhan tahun isu ini berjalan tapi pihak berkuasa agama seperti tak pernah mengambil tindakan terhadap haji hadi.diam je.yang terdengar cuma supaya ditarik balik.tak pernah disebutkan tindakan yang akan diambil jika amanat haji hadi tidak ditarik.masa puluhan tahun adalah bukti
2.berdasarkan fakta diatas maka orang tertanya tanya:sebenarnya amanat haji hadi  itu betul betul salah atau memang tak salah dalam agama islam?
3.kenapa sampai terjadi solat dua imam?kalau di negara lain biasanya hal ini berlaku kerana perbedaan fahaman,tetapi disini hanya disebabkan perbedaan partai.waima ketika pas berkuasa di terengganu kejadian ini tetap berlaku.

Itu je yang ingin semua tahu dan paham pasal amanat haji hadi