Halaman
Sunday, December 08, 2013
NELSON MANDELA
Nelson Mandela atau nama sebenarnya
Nelson Rolihlahla Mandela (18 Julai
[1]1918 − 5 Disember 2013) telah
dilahirkan di Mvezo, sebuah desa kecil di
tepi Sungai Mbashe, di daerah Umtata,
ibu kota
Transkei (kini sebahagian
wilayah Eastern Cape), Afrika Selatan
pada 18 Julai 1918. Beliau meninggal
dunia pada 5 Disember 2013.
Sejarah awal
Ayahnya, Gadla Henry Mphakanyiswa,
merupakan Penasihat Pengadilan Tinggi
di Thembuland di bawah pemimpin
tertinggi David Dalindyebo. Selepas
ayahnya meninggal dunia, Mandela
dibimbing oleh pemimpin tertinggi dan
dididik untuk menjadi seorang
pemimpin.
Mandela menamatkan pendidikan
menengahnya di Healdtown Methodist
Boarding School dan mendapatkan
ijazah sarjana muda di bidang
perniagaan di Universiti Fort Hare.
Sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar
(SRC) dia bersama dengan mendiang
Oliver Tambo pernah menentang
aparteid dengan mogok pelajar meski
akhirnya dibuang dari universiti tersebut
pada tahun 1940. Dia kemudian
melanjutkan
pendidikan melalui program
jarak jauh di University of South Africa
(UNISA) di
Johannesburg. Setelah
mendapat ijazah dalam bidang
perniagaan, dia mendaftar dalam
program LLB (Sarjana Muda Undang-
Undang) di University Witwatersrand.
Pembentukan Liga Pemuda ANC
Pada tahun 1944 Mandela membentuk
Liga Pemuda Kongres Kebangsaan Afrika
(ANC Youth League), di mana program
kegiatannya telah ditetapkan oleh parti
ANC pada tahun 1949. Mandela dilantik
Ketua Sukarela Kebangsaan untuk
program yang dikenal sebagai Kempen
Penentangan (Defiance Campaign) pada
1952. Dia telah menjelajah satu negara
dalam mengobarkan semangat
penentangan terhadap
undang-undang
aparteid. Pada tahun itu juga, Mandela
bersama Tambo menubuhkan firma
guaman kulit hitam yang pertama di
Afrika Selatan, dengan tujuan membantu
kaum kulit hitam yang ditindas oleh
undang-undang kejam kaum kulit putih.
Penahanan Nelson Mandela
Parti ANC diharamkan selepas
pemberontakan di Sharpeville pada
tahun 1960, dan Mandela sebagai
tokohnya ditangkap dan dipenjarakan
pada tahun 1961. Namun semangat
perjuangannya tidak padam begitu saja.
Mandela masih meneruskan
perjuangannya dan menjalankan aktiviti
bawah tanah sambil memimpin
organisasi menuntut kehidupan
kebangsaan yang baru, bebas daripada
pengaruh
aparteid.
Umkhonto we Sizwe (MK), sayap militer
parti ANC dibentuk pada tahun yang
sama dengan Mandela sebagai
pemerintah tertingginya. Di bawah
pimpinannya, dia melancarkan sabotaj
terhadap pemerintahan dan ekonomi
negara. Setahun kemudian, Mandela
meninggalkan tanah airnya untuk
mendalami latihan ketenteraan di
Algeria
dan mengadakan latihan untuk ahli-ahli
MK yang lain.
Setelah dia kembali, dia terus ditahan
dengan alasan meninggalkan negara
secara haram dan mengobarkan
semangat rakyat untuk bermogok. Dia
didakwa bersalah dan dikenakan
hukuman
penjara selama lima tahun
pada bulan November 1962. Sewaktu di
penjara, dia didakwa dalam perbicaraan
Rivonia , atas tuduhan melakukan
sabotaj dan dipenjarakan seumur hidup.
Penjara yang diduduki
Nelson Mandela di
Robben Island
Sedekad sebelum dipenjarakan, Mandela
telah membidas pengenalan program
Pendidikan Bantu, dan mencadangkan
semua aktivis
masyarakat menjadikan
"setiap rumah, setiap pondok atau setiap
struktur yang usang menjadi pusat ilmu".
Pulau Robben, di mana dia dipenjarakan,
telah dijadikan pusat perkembangan
ilmu, dan Mandela merupakan orang
utama mengadakan kelas pendidikan
politik. Sewaktu dipenjara, Mandela tidak
pernah mengkompromikan prinsip
politiknya dan menjadi sumber kekuatan
banduan-banduan yang lain.
Pada tahun 70-an, dia menolak tawaran
pengurangan hukumannya sekiranya dia
mengiktiraf
Transkei sebagai sebuah
penempatan (settlement) dan bersetuju
untuk tinggal di sana. Manakala pada
1980-an, dia enggan menerima tawaran
Presiden
Botha untuk membebaskannya
dari penjara sekiranya dia menolak
keganasan.
Berakhirnya aparteid
Setelah menolak beberapa tawaran
bersyarat rejim
Afrika Selatan, Mandela
akhirnya dibebaskan pada 11 Februari
1990. Akibat tentangan hebat parti ANC
dan tekanan antarabangsa, Presiden F.W.
de Klerk terpaksa akur dan
membebaskan semua tahanan politik
termasuk Mandela dan juga
mengakhirkan pengharaman parti ANC.
Pada 10 Mei 1994, Nelson Mandela dipilih
sebagai Presiden kulit hitam pertama di
Afrika Selatan.
Kematian
Setelah lama sakit, Mandela meninggal
dunia akibat jangkitan peparu pada 5
Disember 2013 di rumahnya di
Houghton, Johannesburg. Kematian
beliau diumumkan Presiden Jacob Zuma.
Beliau dijangka dikebumikan
selepas 12 hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)