Halaman

Thursday, May 23, 2013

Janji ditepati: harga petrol turun

Kalau korang perhati orang tak begitu ambil pot kalau petrol ron97 naik apapun turun kerana mereka sudah lama tak isi kereta apalagi motor dengan petrol ron97 dengan jurang harga yang cukup besar antara ron95 dengan ron97. RON97 turun 20 sen mulai malam tadi Bern | 8:34 PM Mei 22 2013 Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter berkuat kuasa malam tadi. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek kepada Bernama ketika dihubungi di ibu negara hari ini. -Bernama


Tuesday, May 21, 2013

jangan percaya cakap orang politik!

Politikus adalah orang yang dalam ucapannya tidak mengenal tanda titik(.)semua yang keluar dari mulutnya akan diakhiri tanda koma(,) yang akan memungkinkan ayat atau ucapan yang dikeluarkan boleh spin sana spin sini. Contoh...dulu kata habis pru kalau kalah kata nak pencen atau nak dedah dalang lahad datu la dah habis pru apa yang korang dengar dari mulut mereka?

Wednesday, May 15, 2013

Muhyiddin yassin dilemma

Dilema bila ketua usia lebih muda dari timbalannya.Ya,jika bukan tahun ni,bila lagi muhyidin yassin naik ke jawatan no 1 parti dan kerajaan.faktor usia yang membatasi dan menjadi dilema dalam menaiki tangga karier politik.kalau status quo barisan kepemimpinan umno tidak berubah maka pada pru 14 nanti muhyidin yassin akan menjangkau 70.yang boleh dikategorikan usia masa pencen.sementara presiden umno dan pm belum mencecah usia 70 lagi. Tapi semuanya bergantung pada dari mana kita memandang hasil pru13 yang lepas.apakah kita akan menutup mata pada kehilangan 7 kursi parlimen dan beberapa puluh kursi dun dan gagal mencapai 2/3 dengan menghebohkan seluruh dunia bahwa sebenarnya dibawah najib umno berjaya menambah kursi parlimen.apapun politik bukan mtematik dan penuh dengan kemungkinan

Saturday, May 11, 2013

Azmin ali and the gang

Ingat tunku azis dap dulu?awal crita beliau dimulai dengan ketidak setujuan beliau kepada perhimpunan bersih atau demontrasi jalanan yang kemudian meleret dan aktif membeberkan keburukan dap.sampai satu pertemuan yang telah dipersetujui "rahasia" oleh dua pihak,didedahkan tunku azis pada media. Apakah azmin ali akan mengikuti jejak tunku azis?ketika big bos anwar ibrahim mengajak rakyat turun ke kelana jaya azmin malah menyindir dan tak setuju. Meski ura ura azmin and the gang akan keluar parti pada hari jumat tidak menjadi kenyataan,dari sekarang rakyat dah tahu siapa siapa yang akan lompat parti di masa hadapan. Kita tunggu dan lihat sahaja!

Wednesday, May 08, 2013

Pertukaran menteri besar kelantan penuh misteri

Takda angin takda hujan.tup tup kelantan mendapat menteri besar baru menggantikan tuan guru nik azis.yang pelik kalangan pemimpin pas kelantan sendiri ada yang tak tahu mengenai penggantian mb baru kelantan.siapakah tangan tangan tersembunyi disebalik ini semua?

Tuesday, May 07, 2013

Senario politik perlis khasnya arau pasca pru13 dengan pelantikan adun pauh sebagai mb perlis yang baru. 1.ketua perhubungan umno dipegang oleh mb. 2.ketua umno bahagian arau akan dijawat menteri besar. Cuma akankah kedua jawatan tersebut akan bertukar tangan?kita nantikan episod selanjutnya

bukan ismail kassim tapi azlan man dilantik mb baru perlis indera kayangan


mula mula orang mesti akan jangka adun tambun tulang akan dilantik mb baru perlis.tapi rupanya adun pauh yang dilantik jadi mb. KANGAR, 7 Mei — Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pauh Azlan Man hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu di Istana Arau di sini. Azlan, 55, yang merupakan menteri besar Perlis ketujuh selepas merdeka, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat pada majlis itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Hadir sama bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Azizan Hamid dan Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Haron. Azlan yang merupakan bekas timbalan ketua pengarah Biro Pengaduan Awam memenangi kerusi dewan undangan negeri Pauh pada pilihan raya umum ke-13 selepas menewaskan Ketua Dewan Ulama PAS Idris Yaacob dengan majoriti 1,382 undi. Berkelulusan Sarjana Ekonomi Antarabangsa dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat, Azlan memulakan tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1983 dan pernah menjadi Konsul Malaysia di Toronto, Kanada pada 1985 dan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Luar pada 1992. Beliau juga pernah menjadi Kaunselor Misi Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu di Amerika Syarikat pada 1999. Pada 2003, anak kelahiran Arau itu menjadi setiausaha bahagian Afrika dan Sahara Selatan di Kementerian Luar dan pada 2011 memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah BPA sehingga bersara untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13. – Bernama

Monday, May 06, 2013

analisis pru 13 dari luar kotak

Ternyata pemberian segala macam gula gula dari brim1,brim2,krim,trim dan lain lain bn di bawah komando najib tun razak pada pru 13 ternyata bukan sekadar tidak mencapai majoriti dua pertiga malah kursi parlimen yang dimenangi bn berkurang berbanding pada masa pak lah dalam pru 12. Harapan tun dr mahatir tidak tercapai untuk bn membentuk kerajaan yang kuat. Akankah akan muncul suara suara nakal yang meminta tongkat kepemimpinan tertinggi umno diserahkan pada timbalannya sebagaimana episode pak lah pasca pru12 tahun 2008?kita tunggu sahaja seminggu dua ni.

Perlis: pakatan dengan diterajui oleh pas terlupa satu perkara dalam pru 13 ini iaitu pegangan mazhab ahlusunnah negeri perlis berlainan dengan negeri negeri lain di malaysia.sehingga ulama pas seperti haroon din pun tak pernah menang.apa akan jadi pada ahlusunnah perlis jika pas menang ? Kedah: pas kedah tak belajar dari terenganu.terlalu percaya diri kuat hingga menganggap boleh menang dan berkuasa tanpa perlu sokongan parti lain dalam pakatan.