Halaman

Tuesday, May 07, 2013

Senario politik perlis khasnya arau pasca pru13 dengan pelantikan adun pauh sebagai mb perlis yang baru. 1.ketua perhubungan umno dipegang oleh mb. 2.ketua umno bahagian arau akan dijawat menteri besar. Cuma akankah kedua jawatan tersebut akan bertukar tangan?kita nantikan episod selanjutnya

bukan ismail kassim tapi azlan man dilantik mb baru perlis indera kayangan


mula mula orang mesti akan jangka adun tambun tulang akan dilantik mb baru perlis.tapi rupanya adun pauh yang dilantik jadi mb. KANGAR, 7 Mei — Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pauh Azlan Man hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu di Istana Arau di sini. Azlan, 55, yang merupakan menteri besar Perlis ketujuh selepas merdeka, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat pada majlis itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Hadir sama bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Azizan Hamid dan Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Haron. Azlan yang merupakan bekas timbalan ketua pengarah Biro Pengaduan Awam memenangi kerusi dewan undangan negeri Pauh pada pilihan raya umum ke-13 selepas menewaskan Ketua Dewan Ulama PAS Idris Yaacob dengan majoriti 1,382 undi. Berkelulusan Sarjana Ekonomi Antarabangsa dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat, Azlan memulakan tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1983 dan pernah menjadi Konsul Malaysia di Toronto, Kanada pada 1985 dan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Luar pada 1992. Beliau juga pernah menjadi Kaunselor Misi Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu di Amerika Syarikat pada 1999. Pada 2003, anak kelahiran Arau itu menjadi setiausaha bahagian Afrika dan Sahara Selatan di Kementerian Luar dan pada 2011 memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah BPA sehingga bersara untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13. – Bernama