Halaman

Wednesday, April 03, 2013

Anuar tahir calon menteri besar perlis?

Dalam pengumuman oleh Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin pagi tadi, parti Islam itu akan bertanding di kesemua tiga kerusi Parlimen di Perlis berbanding dua sebelum ini. Ia antara perubahan yang dilaksanakan dalam pembahagian kerusi Pakatan Perlis yang mengambil risiko tidak mengekalkan status quo seperti dalam pilihan raya umum lalu. Bagi kerusi DUN pula, PAS sebelum ini bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan PKR di tiga kerusi. Bagaimanapun, pilihan raya kali ini akan menyaksikan parti Islam itu hanya bertanding di lapan kerusi dengan PKR sebanyak lima.DAP pula diberikan dua kerusi, cubaan kali pertama mereka bertanding di negeri Utara semenanjung itu. Hashim hari ini mengumumkan barisan calonnya seperti berikut: Ketua Urusan Ulama PAS Padang Besar Azamhari Mohamood (Padang Besar), Ahli Jawatankuasa PAS Kangar Baharuddin Ahmad (Kangar) dan Dr Haron (Arau). Bagi kerusi DUN pula, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Mohd Anuar Tahir akan bertanding di Santan; Timbalan Yang Dipertua PAS Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim (Beseri), Setiausaha Pilihan Raya Abd Jamil Kamis (Bintong), Setiausaha Perhubungan Ya'akub Abu Seman (Kayang), Ketua Dewan Ulama Idris Yaacob (Pauh), peguam Zulmi Sabri (Guar Sanji), Timbalan Pesuruhjaya 3 Rus'sele Eizan (Simpang Empat) dan Mohd Shukri Ramli (Sanglang).