Halaman
Saturday, June 22, 2013
memang patutpun husam musa kena tahan!
Husam ditahan mengikut Akta Hasutan
4:11PM Jun 22 2013
Naib presiden PAS Husam Musa berkata beliau
hari ini ditahan polis untuk siasatan mengikut
Akta Hasutan.
Husam dalam satu kiriman SMS kepada
Malaysiakini berkata, beliau kini dibawa ke
balai polis Ampang dan disiasat mengikut
Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Butiran lanjut mengenai penahanan
berkenaan masih belum diperolehi namun ia
dijangka mempunyai kaitan dengan satu
kenyataannya, seperti disiarkan Harakahdaily,
yang menganjurkan kehadiran ke
perhimpunan 'Black 505' hari ini.
Dalam kenyataan yang disiarkan Isnin lalu,
Husam antara lainnya berkata: "Andaikata kita
terkorban, atau satu daripada kita terkorban,
insya Allah ia adalah syahid fi sabillah.
"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti
dihentikan dan sesiapa terlibat dengan
penipuan ini mesti menerima
tanggungjawabnya sekarang dalam sistem
politik negara ini," tegas Husam.
"Kita boleh redha dengan kekalahan kita
tetapi kita tidak diizinkan untuk redha
dengan penipuan dan maksiat.
"Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh
terima hakikat takdir yang telah ditentukan
tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-
tiap kali pilihan raya Umno menang hanya
dengan penipuan, wajib kita orang Islam
tegak berdiri menentangnya," katanya seperti
dipetik dalam laporan tersebut.
Kenyataan itu menerima tentangan keras,
antaranya dari seorang bekas pemimpin PAS
Prof Madya Mohd Nor Deris yang mahu Husam
disiasat kerana kenyataan yang didakwanya
sebagai “fatwa sesat” itu.
Menurut Mohd Nor, pandangan itu
bercanggah dengan pegangan ahli sunnah
wal jamaah dan tidak boleh dibiarkan.sumber:malaysiakini
Subscribe to:
Posts (Atom)