Halaman
Wednesday, June 26, 2013
exco terengganu meninggal dunia
Seorang anggota Exco kerajaan negeri
Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal
dunia akibat paru-paru berair hari ini, tujuh
hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi
di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Laporan Berita Harian online menyebut, A
Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18
pagi ini di hospital berkenaan di Kuala
Terengganu.
Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan
ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang
meninggal dunia hanya beberapa minggu
selepas pilihan raya umum 5 Mei.
Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman
menewaskan calon PAS Napisah Ismail
dengan majoriti 2,434 undi.
Kawasan berkenaan terdiri dari lebih 16,600
pengundi, yang mana 99 peratus
daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)