Halaman

Wednesday, June 26, 2013

exco terengganu meninggal dunia

Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Laporan Berita Harian online menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini di hospital berkenaan di Kuala Terengganu. Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei. Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Kawasan berkenaan terdiri dari lebih 16,600 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.

Saturday, June 22, 2013

memang patutpun husam musa kena tahan!

Husam ditahan mengikut Akta Hasutan 4:11PM Jun 22 2013 Naib presiden PAS Husam Musa berkata beliau hari ini ditahan polis untuk siasatan mengikut Akta Hasutan. Husam dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan satu kenyataannya, seperti disiarkan Harakahdaily, yang menganjurkan kehadiran ke perhimpunan 'Black 505' hari ini. Dalam kenyataan yang disiarkan Isnin lalu, Husam antara lainnya berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah. "Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam. "Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat. "Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap- tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. Kenyataan itu menerima tentangan keras, antaranya dari seorang bekas pemimpin PAS Prof Madya Mohd Nor Deris yang mahu Husam disiasat kerana kenyataan yang didakwanya sebagai “fatwa sesat” itu. Menurut Mohd Nor, pandangan itu bercanggah dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah dan tidak boleh dibiarkan.sumber:malaysiakini

Thursday, June 06, 2013

jambatan pulau pinang runtuh?

GEORGE TOWN, 6 Jun — Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira- kira 7.15 malam ini. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung. Anggota keselamatan dilihat sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya ada kenderaan dan mangsa yang terperangkap. — Bernama