Halaman

Saturday, December 28, 2013

Muhammad Ali Hashim memilih mengembalikan darjah kebesaran sebelum kena tarik?

Muhammad Ali Hashim serahkan kembali 3 darjah kebesaran Johor DECEMBER 28, 2013 Bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran negeri Johor, semalam. Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran tidak dapat menerima tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, 5 Disember lalu, lapor Sinar Harian. Sebelum ini, Abdul Rahim mendakwa sajak dalam artikel Muhammad Ali “Menuntut Hak, Menebus Masa Silam” yang disiarkan Sinar Harian, dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri Johor. "Saya sangat memandang berat dan serius tuduhan terhadap diri saya yang mencemar nama baik dan reputasi saya. "Saya mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit pada 27 Disember 2013 (semalam)," kata Mohamad Ali kepada Sinar Harian Online, hari ini. Darjah terbabit adalah Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ). Menerusi surat bertarikh 18 Disember lalu kepada Abdul Rahim, Muhammad Ali yang juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel itu. "Saya telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel terbabit, juga dengan tegas menolak dakwaan atau tanggapan bahawa sajak itu mengandungi apa-apa motif seperti yang digambarkan. "Melalui kenyataan media ini, saya minta masyarakat umum khasnya rakyat negeri Johor membaca artikel itu dan menilai sendiri sama ada penulisan itu mengandungi unsur menderhaka kepada raja atau tindakan tidak bertanggungjawab atau bertentangan dengan Rukun Negara," katanya. Beliau memuatkan sajak tulisan anak bongsunya, Allahyarham Khaled Ali yang antara lain menyebut “Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah”. 5 Disember lalu, Bernama melaporkan, Jemaah Majlis Diraja Johor meminta Muhammad Ali Hashim memberi penjelasan berhubung artikel tulisannya “Menuntut Hak, Menebus Masa Silam”. Artikel yang disiarkan dalam akhbar tempatan itu dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja di negeri ini. Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata walaupun tidak menyebut sebarang nama, artikel itu boleh disalah tafsir oleh sesetengah pihak dengan mengaitkannya dengan Sultan Johor. "Artikel tersebut menyebut nama Tanjung Puteri yang merupakan nama asal Johor Bahru.Kita khuatir perkataan 'Sultan' pada ayat terakhir artikel tersebut boleh merujuk kepada Sultan Johor. "Penulisan atau tuduhan ini menunjukkan satu perbuatan menderhaka kepada raja, tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan pandangan rakyat terhadap raja terpesong selain bertentangan dengan prinsip Rukun Negara," katanya dalam sidang akhbar di Istana Besar di Johor Bahru.

Sunday, December 08, 2013

NELSON MANDELA

Nelson Mandela atau nama sebenarnya Nelson Rolihlahla Mandela (18 Julai [1]1918 − 5 Disember 2013) telah dilahirkan di Mvezo, sebuah desa kecil di tepi Sungai Mbashe, di daerah Umtata, ibu kota Transkei (kini sebahagian wilayah Eastern Cape), Afrika Selatan pada 18 Julai 1918. Beliau meninggal dunia pada 5 Disember 2013. Sejarah awal Ayahnya, Gadla Henry Mphakanyiswa, merupakan Penasihat Pengadilan Tinggi di Thembuland di bawah pemimpin tertinggi David Dalindyebo. Selepas ayahnya meninggal dunia, Mandela dibimbing oleh pemimpin tertinggi dan dididik untuk menjadi seorang pemimpin. Mandela menamatkan pendidikan menengahnya di Healdtown Methodist Boarding School dan mendapatkan ijazah sarjana muda di bidang perniagaan di Universiti Fort Hare. Sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) dia bersama dengan mendiang Oliver Tambo pernah menentang aparteid dengan mogok pelajar meski akhirnya dibuang dari universiti tersebut pada tahun 1940. Dia kemudian melanjutkan pendidikan melalui program jarak jauh di University of South Africa (UNISA) di Johannesburg. Setelah mendapat ijazah dalam bidang perniagaan, dia mendaftar dalam program LLB (Sarjana Muda Undang- Undang) di University Witwatersrand. Pembentukan Liga Pemuda ANC Pada tahun 1944 Mandela membentuk Liga Pemuda Kongres Kebangsaan Afrika (ANC Youth League), di mana program kegiatannya telah ditetapkan oleh parti ANC pada tahun 1949. Mandela dilantik Ketua Sukarela Kebangsaan untuk program yang dikenal sebagai Kempen Penentangan (Defiance Campaign) pada 1952. Dia telah menjelajah satu negara dalam mengobarkan semangat penentangan terhadap undang-undang aparteid. Pada tahun itu juga, Mandela bersama Tambo menubuhkan firma guaman kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan, dengan tujuan membantu kaum kulit hitam yang ditindas oleh undang-undang kejam kaum kulit putih. Penahanan Nelson Mandela Parti ANC diharamkan selepas pemberontakan di Sharpeville pada tahun 1960, dan Mandela sebagai tokohnya ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 1961. Namun semangat perjuangannya tidak padam begitu saja. Mandela masih meneruskan perjuangannya dan menjalankan aktiviti bawah tanah sambil memimpin organisasi menuntut kehidupan kebangsaan yang baru, bebas daripada pengaruh aparteid. Umkhonto we Sizwe (MK), sayap militer parti ANC dibentuk pada tahun yang sama dengan Mandela sebagai pemerintah tertingginya. Di bawah pimpinannya, dia melancarkan sabotaj terhadap pemerintahan dan ekonomi negara. Setahun kemudian, Mandela meninggalkan tanah airnya untuk mendalami latihan ketenteraan di Algeria dan mengadakan latihan untuk ahli-ahli MK yang lain. Setelah dia kembali, dia terus ditahan dengan alasan meninggalkan negara secara haram dan mengobarkan semangat rakyat untuk bermogok. Dia didakwa bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama lima tahun pada bulan November 1962. Sewaktu di penjara, dia didakwa dalam perbicaraan Rivonia , atas tuduhan melakukan sabotaj dan dipenjarakan seumur hidup. Penjara yang diduduki Nelson Mandela di Robben Island Sedekad sebelum dipenjarakan, Mandela telah membidas pengenalan program Pendidikan Bantu, dan mencadangkan semua aktivis masyarakat menjadikan "setiap rumah, setiap pondok atau setiap struktur yang usang menjadi pusat ilmu". Pulau Robben, di mana dia dipenjarakan, telah dijadikan pusat perkembangan ilmu, dan Mandela merupakan orang utama mengadakan kelas pendidikan politik. Sewaktu dipenjara, Mandela tidak pernah mengkompromikan prinsip politiknya dan menjadi sumber kekuatan banduan-banduan yang lain. Pada tahun 70-an, dia menolak tawaran pengurangan hukumannya sekiranya dia mengiktiraf Transkei sebagai sebuah penempatan (settlement) dan bersetuju untuk tinggal di sana. Manakala pada 1980-an, dia enggan menerima tawaran Presiden Botha untuk membebaskannya dari penjara sekiranya dia menolak keganasan. Berakhirnya aparteid Setelah menolak beberapa tawaran bersyarat rejim Afrika Selatan, Mandela akhirnya dibebaskan pada 11 Februari 1990. Akibat tentangan hebat parti ANC dan tekanan antarabangsa, Presiden F.W. de Klerk terpaksa akur dan membebaskan semua tahanan politik termasuk Mandela dan juga mengakhirkan pengharaman parti ANC. Pada 10 Mei 1994, Nelson Mandela dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Kematian Setelah lama sakit, Mandela meninggal dunia akibat jangkitan peparu pada 5 Disember 2013 di rumahnya di Houghton, Johannesburg. Kematian beliau diumumkan Presiden Jacob Zuma. Beliau dijangka dikebumikan selepas 12 hari.

Saturday, November 30, 2013

kalau dah jodoh uztad kazim dengan umno

Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias adalah antara sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik, demikian diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam. Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin; Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Turut tersenarai, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; bekas Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Ibrahim Abu Shah; Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Saturday, August 24, 2013

kisah syuhadah meseir


Kisah Haru Terbunuhnya Putri Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Asmaa Mohamed El Beltaji, Salah seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir, Mohamed El Beltaji tak menyangka putri satu-satunya akan secepat itu pergi meninggalkannya. Remaja putri yang manis dari lembah Sungai Nil, Asmaa Mohamed El Beltaji kini telah tiada. Dalam usianya yang masih 17 tahun, ia telah menjemput gelar sebagai syahidah dalam tragedi berdarah di Rabea Al Adawiyah (14/8) lalu. El Beltaji mengisahkan, dulu ia terlalu sibuk dengan aktivitasnya sebagai pimpinan dan tokoh Ikhwanul Muslimin. Hingga putri satu- satunya itu sering mengeluhkan bahwa ia jarang sekali mendapat waktu untuk bersama ayahnya. "Terakhir kami duduk bersama di Rabaa Al Adawiyah, dia berkata padaku, 'Bahkan ketika Ayah bersama kami, Ayah tetap sibuk.' Saat itu kukatakan, 'Tampaknya kehidupan ini tidak akan cukup untuk kita menikmati setiap kebersamaan, jadi aku berdoa kepada Tuhan agar kita menikmatinya kelak di surga'." Kisah El Beltaji dalam tulisannya yang di posting di sebuah blog. Dua hari sebelum putrinya terbunuh, El Beltaji sempat bermimpi tentang putrinya. Dalam mimpi itu, ia melihat putrinya memakai gaun pengantin berwarna putih. "kau terlihat begitu cantik," ujarnya. Dalam mimpi itu El Beltaji sempat berbincang-bincang dengan putrinya. Putrinya dengan manja berbaring duduk disampingnya. "Aku bertanya, 'Apakah ini malam pernikahanmu?' kau menjawab, 'Waktunya adalah di sore hari Ayah, bukan malam'." kisahnya. Ternyata tafsir dari mimpi itu mengatakan padanya, sore itu putrinya tewas di Rabea Al Adawiyah. "aku mengerti apa yang kau maksud dan aku tahu Allah telah menerima jiwamu sebagai martir. Kau memperkuat keyakinanku bahwa kita berada di atas kebenaran dan musuh kita berada pada kebathilan." katanya. El Beltaji begitu terpukul kehilangan putri satu-satunya itu. Bahkan, ia sama sekali tidak bisa menyaksikan putrinya untuk terakhir kalinya."Aku tidak melihatmu untuk terakhir kalinya, tidak mencium keningmu, dan memilki kehormatan untuk memimpin shalat jenazahmu." Kehilangan putri satu-satunya tidak membuat El Beltaji putus asa. Bahkan, semangatnya untuk berjuang menyelesaikan revolusi Mesir saat ini makin membara di dadanya. Ia mengatakan, ia tak peduli lagi dengan nyawanya. ia tak takut dengan militer dan penjara. Putrinya telah berkorban nyawa untuk revolusi negara Nabi Musa itu, sekarang apakah ia akan lari dan meninggalkan perjuangannya? "aku tidak mengucapkan selamat tinggal, tapi aku mengucapkan sampai jumpa. Kita akan segera bertemu dengan Nabi kita tercinta dan sahabat-sahabatnya di surga. Keinginan kita untuk menikmati kebersamaan kita akan menjadi kenyataan," tutup tulisan tersebut. cr-01/ Hannan Putra

Friday, August 09, 2013


http://share.payoneer-affiliates.com/a/clk/x5dPk

Thursday, July 04, 2013

mursi jatuh kerana kudeta bukan pilihanraya

Akhirnya mursi dijatuhkan oleh tentera,apa akibatnya buat rantau timur tengah?! Gaza dengan hamas kembali sendirian dan "terkepung"? Israel boleh tenang dengan jatuhnya morsi? Para pejuang demokrasi dan liberal mesir menyokong kudeta tentera meski mengkhianati prinsip mereka sendiri? Sejarah akan berulang yang membedakan adalah pelaku dan masanya.kisah baju merah baju kuning thailand mungkin akan berulang di mesir kerana mereka dipilih melalui pilihanraya.atau perlunya mursi meniru gerak silat parti ak turki yang tetap jadi pilihan rakyat meski beberapa kali diharamkan kerana dianggap membuang attaturkismi?

Wednesday, June 26, 2013

exco terengganu meninggal dunia

Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Laporan Berita Harian online menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini di hospital berkenaan di Kuala Terengganu. Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei. Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Kawasan berkenaan terdiri dari lebih 16,600 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.

Saturday, June 22, 2013

memang patutpun husam musa kena tahan!

Husam ditahan mengikut Akta Hasutan 4:11PM Jun 22 2013 Naib presiden PAS Husam Musa berkata beliau hari ini ditahan polis untuk siasatan mengikut Akta Hasutan. Husam dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan satu kenyataannya, seperti disiarkan Harakahdaily, yang menganjurkan kehadiran ke perhimpunan 'Black 505' hari ini. Dalam kenyataan yang disiarkan Isnin lalu, Husam antara lainnya berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah. "Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam. "Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat. "Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap- tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. Kenyataan itu menerima tentangan keras, antaranya dari seorang bekas pemimpin PAS Prof Madya Mohd Nor Deris yang mahu Husam disiasat kerana kenyataan yang didakwanya sebagai “fatwa sesat” itu. Menurut Mohd Nor, pandangan itu bercanggah dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah dan tidak boleh dibiarkan.sumber:malaysiakini

Thursday, June 06, 2013

jambatan pulau pinang runtuh?

GEORGE TOWN, 6 Jun — Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira- kira 7.15 malam ini. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung. Anggota keselamatan dilihat sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya ada kenderaan dan mangsa yang terperangkap. — Bernama

Thursday, May 23, 2013

Janji ditepati: harga petrol turun

Kalau korang perhati orang tak begitu ambil pot kalau petrol ron97 naik apapun turun kerana mereka sudah lama tak isi kereta apalagi motor dengan petrol ron97 dengan jurang harga yang cukup besar antara ron95 dengan ron97. RON97 turun 20 sen mulai malam tadi Bern | 8:34 PM Mei 22 2013 Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter berkuat kuasa malam tadi. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek kepada Bernama ketika dihubungi di ibu negara hari ini. -Bernama


Tuesday, May 21, 2013

jangan percaya cakap orang politik!

Politikus adalah orang yang dalam ucapannya tidak mengenal tanda titik(.)semua yang keluar dari mulutnya akan diakhiri tanda koma(,) yang akan memungkinkan ayat atau ucapan yang dikeluarkan boleh spin sana spin sini. Contoh...dulu kata habis pru kalau kalah kata nak pencen atau nak dedah dalang lahad datu la dah habis pru apa yang korang dengar dari mulut mereka?

Wednesday, May 15, 2013

Muhyiddin yassin dilemma

Dilema bila ketua usia lebih muda dari timbalannya.Ya,jika bukan tahun ni,bila lagi muhyidin yassin naik ke jawatan no 1 parti dan kerajaan.faktor usia yang membatasi dan menjadi dilema dalam menaiki tangga karier politik.kalau status quo barisan kepemimpinan umno tidak berubah maka pada pru 14 nanti muhyidin yassin akan menjangkau 70.yang boleh dikategorikan usia masa pencen.sementara presiden umno dan pm belum mencecah usia 70 lagi. Tapi semuanya bergantung pada dari mana kita memandang hasil pru13 yang lepas.apakah kita akan menutup mata pada kehilangan 7 kursi parlimen dan beberapa puluh kursi dun dan gagal mencapai 2/3 dengan menghebohkan seluruh dunia bahwa sebenarnya dibawah najib umno berjaya menambah kursi parlimen.apapun politik bukan mtematik dan penuh dengan kemungkinan

Saturday, May 11, 2013

Azmin ali and the gang

Ingat tunku azis dap dulu?awal crita beliau dimulai dengan ketidak setujuan beliau kepada perhimpunan bersih atau demontrasi jalanan yang kemudian meleret dan aktif membeberkan keburukan dap.sampai satu pertemuan yang telah dipersetujui "rahasia" oleh dua pihak,didedahkan tunku azis pada media. Apakah azmin ali akan mengikuti jejak tunku azis?ketika big bos anwar ibrahim mengajak rakyat turun ke kelana jaya azmin malah menyindir dan tak setuju. Meski ura ura azmin and the gang akan keluar parti pada hari jumat tidak menjadi kenyataan,dari sekarang rakyat dah tahu siapa siapa yang akan lompat parti di masa hadapan. Kita tunggu dan lihat sahaja!

Wednesday, May 08, 2013

Pertukaran menteri besar kelantan penuh misteri

Takda angin takda hujan.tup tup kelantan mendapat menteri besar baru menggantikan tuan guru nik azis.yang pelik kalangan pemimpin pas kelantan sendiri ada yang tak tahu mengenai penggantian mb baru kelantan.siapakah tangan tangan tersembunyi disebalik ini semua?

Tuesday, May 07, 2013

Senario politik perlis khasnya arau pasca pru13 dengan pelantikan adun pauh sebagai mb perlis yang baru. 1.ketua perhubungan umno dipegang oleh mb. 2.ketua umno bahagian arau akan dijawat menteri besar. Cuma akankah kedua jawatan tersebut akan bertukar tangan?kita nantikan episod selanjutnya

bukan ismail kassim tapi azlan man dilantik mb baru perlis indera kayangan


mula mula orang mesti akan jangka adun tambun tulang akan dilantik mb baru perlis.tapi rupanya adun pauh yang dilantik jadi mb. KANGAR, 7 Mei — Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pauh Azlan Man hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu di Istana Arau di sini. Azlan, 55, yang merupakan menteri besar Perlis ketujuh selepas merdeka, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat pada majlis itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Hadir sama bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Azizan Hamid dan Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Haron. Azlan yang merupakan bekas timbalan ketua pengarah Biro Pengaduan Awam memenangi kerusi dewan undangan negeri Pauh pada pilihan raya umum ke-13 selepas menewaskan Ketua Dewan Ulama PAS Idris Yaacob dengan majoriti 1,382 undi. Berkelulusan Sarjana Ekonomi Antarabangsa dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat, Azlan memulakan tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1983 dan pernah menjadi Konsul Malaysia di Toronto, Kanada pada 1985 dan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Luar pada 1992. Beliau juga pernah menjadi Kaunselor Misi Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu di Amerika Syarikat pada 1999. Pada 2003, anak kelahiran Arau itu menjadi setiausaha bahagian Afrika dan Sahara Selatan di Kementerian Luar dan pada 2011 memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah BPA sehingga bersara untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13. – Bernama

Monday, May 06, 2013

analisis pru 13 dari luar kotak

Ternyata pemberian segala macam gula gula dari brim1,brim2,krim,trim dan lain lain bn di bawah komando najib tun razak pada pru 13 ternyata bukan sekadar tidak mencapai majoriti dua pertiga malah kursi parlimen yang dimenangi bn berkurang berbanding pada masa pak lah dalam pru 12. Harapan tun dr mahatir tidak tercapai untuk bn membentuk kerajaan yang kuat. Akankah akan muncul suara suara nakal yang meminta tongkat kepemimpinan tertinggi umno diserahkan pada timbalannya sebagaimana episode pak lah pasca pru12 tahun 2008?kita tunggu sahaja seminggu dua ni.

Perlis: pakatan dengan diterajui oleh pas terlupa satu perkara dalam pru 13 ini iaitu pegangan mazhab ahlusunnah negeri perlis berlainan dengan negeri negeri lain di malaysia.sehingga ulama pas seperti haroon din pun tak pernah menang.apa akan jadi pada ahlusunnah perlis jika pas menang ? Kedah: pas kedah tak belajar dari terenganu.terlalu percaya diri kuat hingga menganggap boleh menang dan berkuasa tanpa perlu sokongan parti lain dalam pakatan.

Thursday, April 18, 2013

Tuesday, April 09, 2013

Keputusan ulama:Undi pas,pkr,dap dalam pru13 haram!!!

Haram sokong pembangkang PRU13, kata ulama pondok Oleh: Tarikh: April 8, 2013 GURUN - Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di sini Islam. Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama. Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka. "Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini. Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas. Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya. Menurut Harun parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan. "Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (ALLAH). "Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun. Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan ALLAH. "Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama ALLAH," katanya. Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH S.W.T. - Bernama

Wednesday, April 03, 2013

Anuar tahir calon menteri besar perlis?

Dalam pengumuman oleh Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin pagi tadi, parti Islam itu akan bertanding di kesemua tiga kerusi Parlimen di Perlis berbanding dua sebelum ini. Ia antara perubahan yang dilaksanakan dalam pembahagian kerusi Pakatan Perlis yang mengambil risiko tidak mengekalkan status quo seperti dalam pilihan raya umum lalu. Bagi kerusi DUN pula, PAS sebelum ini bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan PKR di tiga kerusi. Bagaimanapun, pilihan raya kali ini akan menyaksikan parti Islam itu hanya bertanding di lapan kerusi dengan PKR sebanyak lima.DAP pula diberikan dua kerusi, cubaan kali pertama mereka bertanding di negeri Utara semenanjung itu. Hashim hari ini mengumumkan barisan calonnya seperti berikut: Ketua Urusan Ulama PAS Padang Besar Azamhari Mohamood (Padang Besar), Ahli Jawatankuasa PAS Kangar Baharuddin Ahmad (Kangar) dan Dr Haron (Arau). Bagi kerusi DUN pula, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Mohd Anuar Tahir akan bertanding di Santan; Timbalan Yang Dipertua PAS Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim (Beseri), Setiausaha Pilihan Raya Abd Jamil Kamis (Bintong), Setiausaha Perhubungan Ya'akub Abu Seman (Kayang), Ketua Dewan Ulama Idris Yaacob (Pauh), peguam Zulmi Sabri (Guar Sanji), Timbalan Pesuruhjaya 3 Rus'sele Eizan (Simpang Empat) dan Mohd Shukri Ramli (Sanglang).

Tuesday, March 19, 2013

sah!! Pas kedah bergolak

Hahaha ada ada saja,orang no 2 pas dilarang ceramah.. Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi 'terkunci' di dalam perkarangan sebuah sekolah agama selama dua jam untuk menghalang beliau daripada berucap pada satu ceramah. Phahrolrazi berkata, beliau dalam perjalanan ke tempat ceramah di Kampung Kabu yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak apabila pengetua Sekolah Agama Nahdah Bukit Besar menghubunginya untuk berhenti di sekolah tersebut. "Sebaik saja kereta saya memasuki perkarangan sekolah, mereka mengunci pagar dan saya sedar bahawa saya tidak dapat keluar," katanya. Beliau kemudiannya menuju ke kantin sekolah di mana pengetua sekolah Ustaz Nasir Othman cuba menghalangnya daripada meneruskan ceramah. Ustaz Nasir merupakan ahli jawatan PAS bahagian Jerai di mana Azizan adalah pengerusinya. "Dia mendakwa terdapat kumpulan pesaing di tempat ceramah dan oleh itu dia tidak mahu sesiapa saja melakukan sesuatu kepada saya. Saya cuba untuk meninggalkannya beberapa kali tetapi dia memberitahu saya supaya jangan pergi dan dia berbuat demikian kerana ingin melindungi saya. Dia amat mesra tetapi persoalannya adalah saya dihalang keluar sehingga dua jam kemudian," katanya. Apabila Phahrolrazi menghubungi penganjur ceramah mengenai masalahnya dan mereka menghantar empat wakil ke sekolah tersebut untuk berbincang dengan Ustaz Nasir tetapi dia enggan membuka pintu pagar tersebut. Beberapa penyokong Phahrolrazi mendakwa beliau diculik tetapi beliau menegaskan ia mungkin 'amaran mesra' untuk menghalangnya daripada memasuki kawasan Menteri Besar itu. Penyokong Phahrolrazi berkata, mereka akan membuat laporan polis mengenai insiden itu. Ceramah itu akhirnya dibatalkan kerana Phahrolrazi tidak hadir. "MB merupakan pengerusi PAS bahagian Jerai tetapi saya adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah. Sesungguhnya saya bebas untuk berucap dalam mana- mana ceramah. Saya tidak menyalahkan Ustaz Nasir, saya percaya dia takut dengan bosnya," kata Phahrolrazi.

Wednesday, March 13, 2013

mengikut laporan Bernama, berikut adalah senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah: 1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69. 1 Mac 2013 - Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69. 2 Mac 2013 - ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman. 2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna. 2 Mac 2013 - Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau. 2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau. 2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. 2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. 12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.
mengikut laporan Bernama, berikut adalah senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah: 1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69. 1 Mac 2013 - Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69. 2 Mac 2013 - ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman. 2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna. 2 Mac 2013 - Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau. 2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau. 2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. 2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. 12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.

Tuesday, March 12, 2013

semua takut pilihanraya (pru13)!

Korang perasan tak,dalam duk hentam kata kerajaan pusat takut nak bubar parlimen,terbaru tokoh dap sampai melabel pm sekarang dah takda mandat kerana dah genap lima tahun. Takyah heboh sana heboh sini kalau dah memang anak jantan knapa kedah,selangor,pinang dan kelantan tak bubar dun masaing masing?gua rasa spr takda hal nak urus pilihanraya di empat negeri sekaligus.janganlah buat asing asing,takkan sesama pakatan rakyat tak satu suara.kalau memang tak satu suara sahlah bahwa pakatan rakyat cuma cakap je besar tapi takda telo.macammana nak perintah negara.

Wednesday, February 13, 2013

amanat haji hadi versi baru?

Reda isu amanat haji hadi,sekarang muncul pula amanat yang satu ini.hukum halal haram seolah menjadi satu mainan bagi orang cerdik pandai bab ugama.

Saturday, February 02, 2013

Orang awam tak paham jenis mykad

Aneh dan pelik ternyata orang ramai masih tak tahu jenis jenis mykad atau ic.yang mereka tahu hanya kad ic biru dan merah.meski tahu tapi setakat warna ic je.sementara perbedaannya mereka tak berapa paham.tak mengherankan merekamudah diperdaya pihak takbertanggung jawab yang memutarbelit fakta mengenai ic.alangkah baiknya jika pihak jpn menerangkan di media media mengenai jenis ic dan perbedaannya serta siapa sahaja yang berhak dan bagaimana proses mendapatkannya.

Saturday, January 26, 2013

Sah siapa pemilik kereta porsche cayman di perlis

Jadi dah tahu dah siapa pemilik kereta porsche kan?Korang takyah persoalkan yang kilang kereta ni diasaskan oleh keturunan yahudi,atau kenapa nak pakai kereta jenis ni.jangan buat fitnah

Thursday, January 24, 2013

Masanya telah tiba untuk meminta bulan dan bintang

Sebentar lagi pilihanraya pasti akan tiba,tak payah meramal bila pm akan umum bubar parlimen.sebelum terlambat marilah kita berkira kira benda apa yang hendak kita minta pada calon calon yb yang akan bertanding.jangan malu dan segan untuk minta itu minta ini.lagi umph jika kita join sama ngan jiran tetangga atau orang yang ada masalah yang sama...
Kalau depa con atau parti yang bertanding selalunya akan bermulut manis dengan janji janji manis.tapi ingat korang toksah memandai meminta calon yb menunaikan 8 tuntutan bersih.itu takda pekdahnya.

Monday, January 21, 2013

Projek ic: mahatir pembela islam dan melayu?

Fakta demi fakta mulai terungkap dalam pendengaran rci suruhanjaya mengenai pendatang asing di sabah
Mungkin bagi kebanyakan orang  pemberian ic atau warganegara hanya sekedar membolehkan bn menang .
Orang mungkin tak melihat dari usaha mengekalkan bumiputra islam sabah tetap berkuasa di sabah.cuba korang lihat latar belakang pendatang asing yang mendapat kewarganegaraan tersebut.

Apapun terserah pada sejarah nantinya mahu melabelkan mahatir sebagai penghianat atau pembela islam dalam kes projek ic ini.

Wednesday, January 02, 2013

Amanat haji hadi


sekarang tengah heboh pasal amanat haji hadi padahal sudah melangkaui puluhan tahun amanat ini ada.seperti takda habis habisnya,sat timbul sat tenggelam satgi timbul balik.
Riuh rendah pasal amanat haji ini mendapat ulasan dari para cerdik pandai.
Ada beberapa kemuskilan pada pandangan orang ramai yang tak bijak lagi arif bab agama
1.sudah puluhan tahun isu ini berjalan tapi pihak berkuasa agama seperti tak pernah mengambil tindakan terhadap haji hadi.diam je.yang terdengar cuma supaya ditarik balik.tak pernah disebutkan tindakan yang akan diambil jika amanat haji hadi tidak ditarik.masa puluhan tahun adalah bukti
2.berdasarkan fakta diatas maka orang tertanya tanya:sebenarnya amanat haji hadi  itu betul betul salah atau memang tak salah dalam agama islam?
3.kenapa sampai terjadi solat dua imam?kalau di negara lain biasanya hal ini berlaku kerana perbedaan fahaman,tetapi disini hanya disebabkan perbedaan partai.waima ketika pas berkuasa di terengganu kejadian ini tetap berlaku.

Itu je yang ingin semua tahu dan paham pasal amanat haji hadi