Halaman

Monday, May 06, 2013

analisis pru 13 dari luar kotak

Ternyata pemberian segala macam gula gula dari brim1,brim2,krim,trim dan lain lain bn di bawah komando najib tun razak pada pru 13 ternyata bukan sekadar tidak mencapai majoriti dua pertiga malah kursi parlimen yang dimenangi bn berkurang berbanding pada masa pak lah dalam pru 12. Harapan tun dr mahatir tidak tercapai untuk bn membentuk kerajaan yang kuat. Akankah akan muncul suara suara nakal yang meminta tongkat kepemimpinan tertinggi umno diserahkan pada timbalannya sebagaimana episode pak lah pasca pru12 tahun 2008?kita tunggu sahaja seminggu dua ni.

Perlis: pakatan dengan diterajui oleh pas terlupa satu perkara dalam pru 13 ini iaitu pegangan mazhab ahlusunnah negeri perlis berlainan dengan negeri negeri lain di malaysia.sehingga ulama pas seperti haroon din pun tak pernah menang.apa akan jadi pada ahlusunnah perlis jika pas menang ? Kedah: pas kedah tak belajar dari terenganu.terlalu percaya diri kuat hingga menganggap boleh menang dan berkuasa tanpa perlu sokongan parti lain dalam pakatan.