Halaman

Saturday, December 28, 2013

Muhammad Ali Hashim memilih mengembalikan darjah kebesaran sebelum kena tarik?

Muhammad Ali Hashim serahkan kembali 3 darjah kebesaran Johor DECEMBER 28, 2013 Bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran negeri Johor, semalam. Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran tidak dapat menerima tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, 5 Disember lalu, lapor Sinar Harian. Sebelum ini, Abdul Rahim mendakwa sajak dalam artikel Muhammad Ali “Menuntut Hak, Menebus Masa Silam” yang disiarkan Sinar Harian, dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri Johor. "Saya sangat memandang berat dan serius tuduhan terhadap diri saya yang mencemar nama baik dan reputasi saya. "Saya mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit pada 27 Disember 2013 (semalam)," kata Mohamad Ali kepada Sinar Harian Online, hari ini. Darjah terbabit adalah Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ). Menerusi surat bertarikh 18 Disember lalu kepada Abdul Rahim, Muhammad Ali yang juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel itu. "Saya telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel terbabit, juga dengan tegas menolak dakwaan atau tanggapan bahawa sajak itu mengandungi apa-apa motif seperti yang digambarkan. "Melalui kenyataan media ini, saya minta masyarakat umum khasnya rakyat negeri Johor membaca artikel itu dan menilai sendiri sama ada penulisan itu mengandungi unsur menderhaka kepada raja atau tindakan tidak bertanggungjawab atau bertentangan dengan Rukun Negara," katanya. Beliau memuatkan sajak tulisan anak bongsunya, Allahyarham Khaled Ali yang antara lain menyebut “Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah”. 5 Disember lalu, Bernama melaporkan, Jemaah Majlis Diraja Johor meminta Muhammad Ali Hashim memberi penjelasan berhubung artikel tulisannya “Menuntut Hak, Menebus Masa Silam”. Artikel yang disiarkan dalam akhbar tempatan itu dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja di negeri ini. Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata walaupun tidak menyebut sebarang nama, artikel itu boleh disalah tafsir oleh sesetengah pihak dengan mengaitkannya dengan Sultan Johor. "Artikel tersebut menyebut nama Tanjung Puteri yang merupakan nama asal Johor Bahru.Kita khuatir perkataan 'Sultan' pada ayat terakhir artikel tersebut boleh merujuk kepada Sultan Johor. "Penulisan atau tuduhan ini menunjukkan satu perbuatan menderhaka kepada raja, tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan pandangan rakyat terhadap raja terpesong selain bertentangan dengan prinsip Rukun Negara," katanya dalam sidang akhbar di Istana Besar di Johor Bahru.

Sunday, December 08, 2013

NELSON MANDELA

Nelson Mandela atau nama sebenarnya Nelson Rolihlahla Mandela (18 Julai [1]1918 − 5 Disember 2013) telah dilahirkan di Mvezo, sebuah desa kecil di tepi Sungai Mbashe, di daerah Umtata, ibu kota Transkei (kini sebahagian wilayah Eastern Cape), Afrika Selatan pada 18 Julai 1918. Beliau meninggal dunia pada 5 Disember 2013. Sejarah awal Ayahnya, Gadla Henry Mphakanyiswa, merupakan Penasihat Pengadilan Tinggi di Thembuland di bawah pemimpin tertinggi David Dalindyebo. Selepas ayahnya meninggal dunia, Mandela dibimbing oleh pemimpin tertinggi dan dididik untuk menjadi seorang pemimpin. Mandela menamatkan pendidikan menengahnya di Healdtown Methodist Boarding School dan mendapatkan ijazah sarjana muda di bidang perniagaan di Universiti Fort Hare. Sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) dia bersama dengan mendiang Oliver Tambo pernah menentang aparteid dengan mogok pelajar meski akhirnya dibuang dari universiti tersebut pada tahun 1940. Dia kemudian melanjutkan pendidikan melalui program jarak jauh di University of South Africa (UNISA) di Johannesburg. Setelah mendapat ijazah dalam bidang perniagaan, dia mendaftar dalam program LLB (Sarjana Muda Undang- Undang) di University Witwatersrand. Pembentukan Liga Pemuda ANC Pada tahun 1944 Mandela membentuk Liga Pemuda Kongres Kebangsaan Afrika (ANC Youth League), di mana program kegiatannya telah ditetapkan oleh parti ANC pada tahun 1949. Mandela dilantik Ketua Sukarela Kebangsaan untuk program yang dikenal sebagai Kempen Penentangan (Defiance Campaign) pada 1952. Dia telah menjelajah satu negara dalam mengobarkan semangat penentangan terhadap undang-undang aparteid. Pada tahun itu juga, Mandela bersama Tambo menubuhkan firma guaman kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan, dengan tujuan membantu kaum kulit hitam yang ditindas oleh undang-undang kejam kaum kulit putih. Penahanan Nelson Mandela Parti ANC diharamkan selepas pemberontakan di Sharpeville pada tahun 1960, dan Mandela sebagai tokohnya ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 1961. Namun semangat perjuangannya tidak padam begitu saja. Mandela masih meneruskan perjuangannya dan menjalankan aktiviti bawah tanah sambil memimpin organisasi menuntut kehidupan kebangsaan yang baru, bebas daripada pengaruh aparteid. Umkhonto we Sizwe (MK), sayap militer parti ANC dibentuk pada tahun yang sama dengan Mandela sebagai pemerintah tertingginya. Di bawah pimpinannya, dia melancarkan sabotaj terhadap pemerintahan dan ekonomi negara. Setahun kemudian, Mandela meninggalkan tanah airnya untuk mendalami latihan ketenteraan di Algeria dan mengadakan latihan untuk ahli-ahli MK yang lain. Setelah dia kembali, dia terus ditahan dengan alasan meninggalkan negara secara haram dan mengobarkan semangat rakyat untuk bermogok. Dia didakwa bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama lima tahun pada bulan November 1962. Sewaktu di penjara, dia didakwa dalam perbicaraan Rivonia , atas tuduhan melakukan sabotaj dan dipenjarakan seumur hidup. Penjara yang diduduki Nelson Mandela di Robben Island Sedekad sebelum dipenjarakan, Mandela telah membidas pengenalan program Pendidikan Bantu, dan mencadangkan semua aktivis masyarakat menjadikan "setiap rumah, setiap pondok atau setiap struktur yang usang menjadi pusat ilmu". Pulau Robben, di mana dia dipenjarakan, telah dijadikan pusat perkembangan ilmu, dan Mandela merupakan orang utama mengadakan kelas pendidikan politik. Sewaktu dipenjara, Mandela tidak pernah mengkompromikan prinsip politiknya dan menjadi sumber kekuatan banduan-banduan yang lain. Pada tahun 70-an, dia menolak tawaran pengurangan hukumannya sekiranya dia mengiktiraf Transkei sebagai sebuah penempatan (settlement) dan bersetuju untuk tinggal di sana. Manakala pada 1980-an, dia enggan menerima tawaran Presiden Botha untuk membebaskannya dari penjara sekiranya dia menolak keganasan. Berakhirnya aparteid Setelah menolak beberapa tawaran bersyarat rejim Afrika Selatan, Mandela akhirnya dibebaskan pada 11 Februari 1990. Akibat tentangan hebat parti ANC dan tekanan antarabangsa, Presiden F.W. de Klerk terpaksa akur dan membebaskan semua tahanan politik termasuk Mandela dan juga mengakhirkan pengharaman parti ANC. Pada 10 Mei 1994, Nelson Mandela dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Kematian Setelah lama sakit, Mandela meninggal dunia akibat jangkitan peparu pada 5 Disember 2013 di rumahnya di Houghton, Johannesburg. Kematian beliau diumumkan Presiden Jacob Zuma. Beliau dijangka dikebumikan selepas 12 hari.