Halaman
Thursday, April 18, 2013
Tuesday, April 09, 2013
Keputusan ulama:Undi pas,pkr,dap dalam pru13 haram!!!
Haram sokong pembangkang PRU13,
kata ulama pondok
Oleh:
Tarikh: April 8, 2013
GURUN - Golongan ulama pondok hari ini
membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas
dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di
sini Islam.
Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan
jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana
membenarkan kalimah Allah digunakan oleh
bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.
Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun
Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP
kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas
menunjukkan perjuangan mereka.
"Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk
menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam
sejarah," katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama
bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah
Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat
kebangsaan yang berakhir di sini.
Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga
hari hampir 150 orang tokoh ulama dan
kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok
Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang
bermula Sabtu lepas.
Persidangan bertujuan memperkasa dan
mempertahankan agama Islam sebagai agama
rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas
daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah
Waljamaah yang muktabar, katanya.
Menurut Harun parti-parti pembangkang yang
memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH
oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan
nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam
dan menyesatkan.
"Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan
bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada
penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan
membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia
(ALLAH).
"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama
ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu
tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam
jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai
nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang
Islam dan bukan Islam," kata Harun.
Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH
digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan
mereka memberi kesan bahawa semua agama
adalah sama dan diturunkan ALLAH.
"Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam
kita lain pun sama, semua pihak akan
beranggapan semua agama adalah sama iaitu
agama ALLAH," katanya.
Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam
soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan
solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH
S.W.T. - Bernama
Wednesday, April 03, 2013
Anuar tahir calon menteri besar perlis?
Dalam pengumuman oleh Pesuruhjaya PAS
Perlis Hashim Jasin pagi tadi, parti Islam itu
akan bertanding di kesemua tiga kerusi
Parlimen di Perlis berbanding dua sebelum
ini.
Ia antara perubahan yang dilaksanakan
dalam pembahagian kerusi Pakatan Perlis
yang mengambil risiko tidak mengekalkan
status quo seperti dalam pilihan raya umum
lalu.
Bagi kerusi DUN pula, PAS sebelum ini
bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) dan PKR di tiga kerusi.
Bagaimanapun, pilihan raya kali ini akan
menyaksikan parti Islam itu hanya bertanding
di lapan kerusi dengan PKR sebanyak lima.DAP pula diberikan dua kerusi, cubaan kali
pertama mereka bertanding di negeri Utara
semenanjung itu.
Hashim hari ini mengumumkan barisan
calonnya seperti berikut: Ketua Urusan Ulama
PAS Padang Besar Azamhari Mohamood
(Padang Besar), Ahli Jawatankuasa PAS
Kangar Baharuddin Ahmad (Kangar) dan Dr
Haron (Arau).
Bagi kerusi DUN pula, Ahli Jawatankuasa
Pusat PAS Mohd Anuar Tahir akan bertanding
di Santan; Timbalan Yang Dipertua PAS
Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim
(Beseri), Setiausaha Pilihan Raya Abd Jamil
Kamis (Bintong), Setiausaha Perhubungan
Ya'akub Abu Seman (Kayang), Ketua Dewan
Ulama Idris Yaacob (Pauh), peguam Zulmi
Sabri (Guar Sanji), Timbalan Pesuruhjaya 3
Rus'sele Eizan (Simpang Empat) dan Mohd
Shukri Ramli (Sanglang).
Subscribe to:
Posts (Atom)