Halaman
Tuesday, March 19, 2013
sah!! Pas kedah bergolak
Hahaha ada ada saja,orang no 2 pas dilarang ceramah..
Timbalan Pesuruhjaya 1
PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi
'terkunci' di dalam perkarangan sebuah
sekolah agama selama dua jam untuk
menghalang beliau daripada berucap pada
satu ceramah.
Phahrolrazi berkata, beliau dalam
perjalanan ke tempat ceramah di Kampung
Kabu yang terletak di kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Menteri Besar
Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak
apabila pengetua Sekolah Agama Nahdah
Bukit Besar menghubunginya untuk
berhenti di sekolah tersebut.
"Sebaik saja kereta saya memasuki
perkarangan sekolah, mereka mengunci
pagar dan saya sedar bahawa saya tidak
dapat keluar," katanya.
Beliau kemudiannya menuju ke kantin
sekolah di mana pengetua sekolah Ustaz
Nasir Othman cuba menghalangnya
daripada meneruskan ceramah.
Ustaz Nasir merupakan ahli jawatan PAS
bahagian Jerai di mana Azizan adalah
pengerusinya.
"Dia mendakwa terdapat kumpulan
pesaing di tempat ceramah dan oleh itu dia
tidak mahu sesiapa saja melakukan sesuatu
kepada saya. Saya cuba untuk
meninggalkannya beberapa kali tetapi dia
memberitahu saya supaya jangan pergi
dan dia berbuat demikian kerana ingin
melindungi saya. Dia amat mesra tetapi
persoalannya adalah saya dihalang keluar
sehingga dua jam kemudian," katanya.
Apabila Phahrolrazi menghubungi
penganjur ceramah mengenai masalahnya
dan mereka menghantar empat wakil ke
sekolah tersebut untuk berbincang dengan
Ustaz Nasir tetapi dia enggan membuka
pintu pagar tersebut.
Beberapa penyokong Phahrolrazi
mendakwa beliau diculik tetapi beliau
menegaskan ia mungkin 'amaran mesra'
untuk menghalangnya daripada memasuki
kawasan Menteri Besar itu.
Penyokong Phahrolrazi berkata, mereka
akan membuat laporan polis mengenai
insiden itu.
Ceramah itu akhirnya dibatalkan kerana
Phahrolrazi tidak hadir.
"MB merupakan pengerusi PAS bahagian
Jerai tetapi saya adalah Timbalan
Pesuruhjaya 1 PAS Kedah. Sesungguhnya
saya bebas untuk berucap dalam mana-
mana ceramah. Saya tidak menyalahkan
Ustaz Nasir, saya percaya dia takut dengan
bosnya," kata Phahrolrazi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment